top of page

5 Gelombang Tsunami Terburuk dalam Sejarah

Tahukah anda, tarikh 5 November setiap tahun dipilih sebagai Hari Kesedaran Tsunami Sedunia bagi untuk memberi kesedaran tentang sebuah bencana alam yang meragut lebih dari 260,000 nyawa, melebihi bencana alam yang lain dalam tempoh 100 tahun kebelakangan ini seperti yang dilaporkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Perkataan tsunami berasal daripada perkataan Jepun, di mana ‘Tsu’ bermaksud pelabuhan dan ‘Nami’ bermaksud gelombang. Gabungan kedua-dua suka kata ini membawa maksud ombak di pelabuhan. Tsunami adalah suatu siri gelombang besar yang mempunyai jarang gelombang dan jangka masa yang agak panjang. Perbezaan masa antara setiap puncak gelombang adalah antara 10 minit hingga 1 jam. Fenomena tsunami ini akan berlaku apabila terdapat perubahan dasar laut secara tiba-tiba atau dasar laut terangkat selepas berlakunya gempa bumi.


Bagaimana gempa bumi mampu menyebabkan tsunami?

Gempa bumi tektonik biasanya menyebabkan perubahan pada kerak bumi. Pergerakan antara dua plat di dasar laut akan mengganggu keseimbangan air laut, lalu terjadilah gelombang tsunami. Gelombang ini bergerak dengan kelajuan sangat tinggi dan boleh melebihi 800km/jam di lautan dalam dengan ketinggian gelombang hanya beberapa sentimeter. Namun, apabila gelombang ini bergerak ke kawasan yang lebih cetek seperti persisiran pantai, halaju gelombang akan berkurang tetapi ketinggian akan bertambah sehingga meragut nyawa, memusnahkan harta benda dan juga alam sekitar.


Sumber: https://www.met.gov.my

Jom baca 5 gelombang tsunami paling dahsyat dalam sejarah:


1. Tsunami Lautan Hindi, Sumatera (26 Disember 2004)

  • Gempa bumi terburuk dalam masa 40 tahun yang melepaskan tenaga yang sama seperti letusan 23,000 bom atom di Hiroshima dari bawah permukaan bumi. Satu pertiga dari jumlah mangsa adalah kanak-kanak.

  • Magnitud: 9.0 skala Ritcher

  • Jumlah mangsa: 230,000 orang.


2. Gempa bumi dan tsunami Messina (28 Disember 1908)

  • Berlaku di sebuah bandar di kepulauan Sicily, Messina. Gempa bumi berlaku selama 30-40 saat dengan kejadian tsunami setinggi 40 kaki. 93% struktur binaan di bandar tersebut musnah sekelip mata kerana pada ketika itu bangunan tidak dibina untuk berupaya menahan gempa bumi.

  • Magnitud: 7.0 skala Ritcher

  • Jumlah mangsa: 123,000 orang.


3. Gempa bumi Lisbon (1755)

  • Susulan daripada gempa bumi, berlaku kebakaran dan tsunami selama 40 minit yang memusnahkan keseluruhan bandar, pelabuhan dan bandar-bandar di sekeliling.

  • Magnitud: 9.0 skala Ritcher

  • Jumlah mangsa: 100,000 orang


4. Letusan Krakatao (27 Ogos 1883)

  • Empat letusan gunung berapi Krakatao di Indonesia telah mengakibatkan 4 kejadian tsunami di tempat yang berbeza dengan ketinggian melebihi 100 kaki. Ribuan mayat dijumpai beberapa minggu selepas kejadian terapung di lautan.

  • Jumlah mangsa: 36,000 orang


5. Gempa bumi Hoei (1707)

  • Gempa kedua terbesar yang berlaku di Jepun selepas gempa Tohoku (2011) dengan tsunami berketinggian antara 25 hingga 32 kaki

  • Magnitud: 8.6 skala Ritcher

  • Jumlah mangsa: 30,000 orang

bottom of page