top of page

Menjentik Perasaan Ingin Tahu Pelajar melalui Kem Coastal CurioSEAty

Oct 5, 2023
3 min read

Ketibaan 41 orang peserta dan fasilitator ke Jeti Taman Negara Teluk Bahang disambut dengan hujan yang lebat, namun begitu, ia tidak sedikit pun menghalang semangat para pelajar untuk mengetahui dan mempelajari tentang kehidupan marin. Berpandukan matlamat dan usaha untuk melahirkan generasi muda yang cintakan alam sekitar, Penang Green Council telah menganjurkan Kem Remaja pada 9 September yang lalu bertempat di Pusat Kajian Samudera dan Pantai, Universiti Sains Malaysia. Kem Remaja yang bertemakan Coastal CurioSEAty ini turut mendapat tajaan dari Welepeq Sdn Bhd dan MY CO2 Sdn Bhd.


“Dalam era yang didominasi oleh skrin dan realiti maya, kita sering merasa terasing daripada dunia yang nyata. Golongan belia menghabiskan berjam-jam di dalam rumah dengan teknologi dan buku teks. Tidak dinafikan pendidikan konvensional adalah penting, namun pendidikan melepasi sempadan bilik darjah juga adalah sangat berharga lebih-lebih lagi pada generasi muda untuk membina hubungan dengan alam sekitar, menghargai keindahan planet dan memahami peranan mereka dalam menjaga kesejahteraannya”, ujar Josephine Tan, Pengurus Besar Penang Green Council.


Pengurus Program Kem Remaja 2023, Siti Najihah, berkata kem yang berkonsepkan “Belajar sambil Bermain’ ini bukan sahaja dapat menggalakkan pelajar untuk lebih menghargai alam sekitar malahan juga dapat menambah ilmu pengetahuan serta memberi pengalaman berharga terhadap diri setiap individu. Mengupas mengenai penganjuran program Kem Remaja kali ini, Najihah berkata, ia merupakan inisiatif daripada Penang Green Council dan Centre for Marine and Coastal Studies (CEMACS) untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan alam semula jadi terutamanya habitat di kawasan pantai dan sekitarnya serta menambah pengetahuan tentang konsep dan isu alam sekitar. Selaras dengan tema Coastal

CurioSEAty, beliau juga berharap program ini dapat menjentik rasa ingin tahu pelajar terhadap ekosistem hidupan laut dan kesan negatif daripada sisa marin terhadap alam sekitar.


Antara modul yang terdapat dalam kem ini adalah seperti penerangan mengenai hidupan marin (obor-obor), impak sisa terhadap hidupan marin, lawatan ke makmal penyelidikan dan muzium CEMACS, dan pembersihan pantai. Semasa aktiviti pembersihan pantai yang dilakukan selama 30 minit itu, sebanyak 14.24kg sampah telah dikutip di mana majoritinya terdiri daripada kepingan kotak polisterin, botol plastik, penutup botol plastik, cawan dan pinggan plastik, pembungkusan makanan dan gula-gula, penyedut minuman plastik, beg plastik, dan lain-lain.


“Melalui aktiviti ini, para peserta dapat mengetahui bahawa semua sisa yang dikutip datang dari pelbagai sumber hasil bawaan air laut dan ombak. Walaupun sisa itu kecil, ia tetap memberi impak yang besar kepada hidupan di darat dan di laut.”tambahnya lagi.


Toh Ching Suen, salah seorang peserta kem memberitahu dia sangat teruja dan gembira kerana berpeluang menyertai program dan melawat makmal penyelidikan CEMACS di samping dapat memanfaatkan cuti hujung minggu.


“Sebelum ini saya pernah menyertai Kem Hijau anjuran PGC pada tahun 2019. Pada ketika itu saya masih di sekolah rendah dan saya sangat gembira kerana sekali lagi dapat berpeluang menyertai program anjuran PGC. Antara aktiviti yang paling saya gemari adalah ketika melawat ke makmal penyelidikan CEMACS kerana saya boleh melihat dan menyentuh hidupan marin yang terdapat di situ.” ujarnya yang juga merupakan pelajar dari SMJK Union.


Encik Sim Yee Kwang selaku Pegawai Kanan Sains, CEMACS turut berkongsi mengenai hidupan marin seperti obor-obor dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terjumpa atau terlihat obor-obor di pantai mahupun laut.


“Badan obor-obor mempunyai lebih daripada 95% air, manakala yang lain adalah terdiri daripada protein dan lemak, namun begitu sekiranya disengat ianya boleh memudaratkan malah boleh membawa maut. Oleh itu, sekiranya mahu pergi ke pantai, jangan lupa untuk bawa sebotol cuka kerana ia adalah salah satu rawatan paling mudah untuk sengatan obor-obor.” katanya.


Program Kem Remaja bukan sekadar eskapisme dari kehidupan seharian yang monotoni; ia mempunyai unsur pendidikan yang tersendiri. Program ini adalah pemacu kepada perubahan yang berupaya mengubah penonton yang mungkin pasif terdahulunya menjadi lebih bersemangat bagi mengubah keadaan alam semula jadi dan biodiversiti.



Penang Green Council (PGC) merupakan agensi di bawah kerajaan negeri yang ditubuhkan untuk memupuk dan memberi kesedaran dan pendidikan alam sekitar di Pulau Pinang. PGC telah menganjurkan beberapa siri program alam sekitar seperti taklimat pendidikan serta kem dan bengkel yang bertemakan unsur alam sekitar sebagai usaha untuk mendekati masyarakat. Bagi mereka yang berminat untukmenjadi penganjur bersama, sila hubungi kami di 04-2503322 / 3321 atau e-mel: info@pgc.com.my.

101 Comments


rowan30089
5 hours ago

The subject of developing skills through focused workshops feels more interesting when there is room for a reader to stop and ask their own questions. A short workshop can be useful when it gives participants time to try one specific technique. I would keep that thought nearby when looking for ideas about focused skills workshops. A short discussion of an everyday example would make this easier for me to connect with, especially as someone still learning about the subject. What should a learner be able to do differently after a focused session?

Like

rowan30089
a day ago

I can see why planning a thoughtful visit to Fethiye would invite discussion, since different people will bring different experiences to the same question. Leaving space between activities can make a travel itinerary easier to enjoy. It gives me a more concrete starting point for thinking about Fethiye travel planning. I am still thinking through the details, and a small example would help me picture how this works in practice. How would you balance sightseeing with time to explore without a schedule?

Like

rowan30089
4 days ago

A conversation about choosing learning resources for different needs seems most useful to me when it leaves space for uncertainty and further questions. The same explanation can feel clear to one learner and confusing to another. That is the kind of detail I would keep in mind while exploring educational learning resources. I am more curious about the process than a polished result, because the steps in between are usually where questions appear. What clues help you choose a resource that matches a learner's starting point?

Like

rowan30089
4 days ago

I can see why connecting values with everyday school life would invite discussion, since different people will bring different experiences to the same question. Kindness becomes easier to understand when it appears in ordinary classroom situations. It makes me curious about the practical side of values based education. I can imagine different answers depending on the situation, so I would want to understand the context before drawing conclusions. How can a school discuss values while leaving room for students' questions?

Like

rowan30089
4 days ago

The subject of creating a welcoming preschool environment feels more interesting when there is room for a reader to stop and ask their own questions. A predictable daily rhythm can make an unfamiliar classroom feel more comfortable. I would use that point as a starting question when considering welcoming preschool environment. I am still thinking through the details, and a small example would help me picture how this works in practice. Which small classroom details help a new child settle in?

Like

Drop Us a Line, Let Us Know What You Think

Thanks for submitting!

© 2023 by Train of Thoughts. Proudly created with Wix.com

bottom of page