5 Festival Lestari dan Unik di Dunia
Updated: Mar 7, 2022
Sempena musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi, semestinya ramai yang akan mengambil peluang untuk menganjurkan pelbagai jenis acara bagi memeriahkan suasana.
Pelbagai cara dan usaha telah dilaksanakan oleh pihak penganjur untuk memastikan anjuran acara dalam musim endemik ini dapat berjalan dengan lancar mengikut norma baru dan SOP yang ketat. Namun, kita sedia maklum setiap acara yang dianjurkan akan menjana jumlah sisa yang banyak dan pelepasan gas karbon yang tinggi. Menurut Powerful Thinking, sebuah badan pemikir yang memberi tumpuan kepada industri festival, sebanyak 23,500 tan sisa dihasilkan setiap tahun di festival muzik UK. Bayangkan setinggi mana angka itu untuk seluruh dunia?
Dalam keseronokkan kita berhibur di sesuatu acara, kelestarian planet masih perlu dititikberatkan dan tidak diambil sambil lewa. Menyedari hakikat ini, beberapa jenis festival di seluruh dunia telah membuat penganjuran festival yang mampan tapi dalam masa yang sama tetap wow! Jom lihat beberapa contoh di bawah.
1. We Love Green
Lokasi: Paris
Tarikh: 5 – 6 Jun 2020

Seperti namanya, festival ini mementingkan elemen alam sekitar di dalam program mereka. Selain barisan muzik yang menarik, acara selama 2 hari itu juga padat dengan bengkel, ceramah dan perbincangan mengenai kehidupan lestari. Festival tersebut menggunakan 100% tenaga boleh diperbaharui dan pemasangan tandas eko untuk kegunaan pengunjung. Mereka juga berjaya menanam sebanyak 80,000 buah pokok bersama Ecosia, satu usaha yang hebat!
2. DGTL
Lokasi: Amsterdam
Tarikh: April 2020

Festival muzik DGTL menyedari impak alam sekitar yang sedang berlaku dan mempunyai satu matlamat yang sangat jelas – menjadi the world’s first circular festival menjelang tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini, DGTL sentiasa melakukan pembaharuan dari segi rekaan festival setiap tahun. Contohnya, penemuan teknologi terkini untuk menyingkirkan pelepasan gas karbon dioksida dan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan pengunjung. Di samping itu, mereka memasang tandas boleh kompos dan hanya menghidangkan minuman dalam cawan boleh guna semula. Setelah 2 tahun, DGTL 2022 kini kembali dengan nafas baru pada bulan April ini di Amsterdam, tiket-tiket sudah mula dijual di laman web rasmi mereka https://dgtl.nl/ams-2022
3. Acara Burning Man
Lokasi: Amerika Syarikat
Tarikh: Ogos – September 2020

Walaupun nama acara ini kedengaran agak menakutkan, acara ikonik ini sebenarnya beroperasi dengan misi untuk tidak meninggalkan sebarang jejak selepas majlis sambutan tamat. Matlamat mereka adalah untuk menjadi negatif karbon (carbon negative), mampu menjana semula ekologi dan menguruskan sisa secara mampan menjelang 2030. Setiap tahun, mereka mencipta Black Rock City di tengah-tengah padang pasir Nevada dan akan mengemas kesemua barang sehingga tidak mempunyai apa-apa jejak sebelum meninggalkan kawasan tersebut. Acara selama seminggu ini didedikasikan pada seni dan komuniti, tidak mempunyai aktiviti yang tetap – ia berlaku bila ia berlaku, follow the flow katanya.
4. Terraforma
Lokasi: Milan
Tarikh: Julai 2020

Festival muzik 'eksperimen dan mampan' ini terletak di kawasan yang indah di Villa Arconati. Sudah menjangkau usia 5 tahun, festival ini memperjuangkan kesedaran eko dan kehidupan berimpak rendah. Oleh itu, setiap elemen Terraforma telah dipertimbangkan dengan teliti, daripada seni bina kawasan dan kemudahan yang berbeza kepada bekalan tenaga dan produk buangan, dengan penambahbaikan dibuat setiap tahun untuk mengurangkan jejak alam sekitarnya. Salah satu projek utama mereka selama ini ialah memulihkan laluan purba yang pernah menjadi tarikan kepada kawasan vila itu. Ia telah disiapkan pada tahun 2018 dan mempunyai lebih 500 buah pokok!
5. Northside
Lokasi: Denmark
Tarikh: Jun 2020

Berpusat di Aarhus, sebuah bandar universiti di pantai timur Denmark, festival muzik selama 3 hari ini mempunyai agenda kemampanannya sendiri. Matlamat utama penganjur adalah untuk mencipta festival yang mampan. Sejak 10 tahun yang lalu, mereka bekerja keras untuk mengurangkan sisa di kawasan Northside, mengurangkan jejak karbon dan mencari penyelesaian kepada bekalan makanan mesra alam sepanjang 3 hari acara berlangsung.
Salah satu tarikan istimewa di sana adalah ‘trash butlers’ dan ‘trash maids’ – individu yang akan memakai pakaian bergaya dan berjalan-jalan di sekitar kawasan acara sambil mengagihkan beg plastik sampah dan bekas abu rokok. Mereka juga memberikan ganjaran kepada pengunjung yang mengumpul sejumlah puntung rokok yang dibuang dengan pemberian bir percuma. Inisiatif ini sangat berkesan kerana kawasan sekitar festival ini sentiasa kelihatan bersih walaupun dikunjungi ramai orang.
Jika anda merupakan perancang majlis, jom sertai Insentif Acara Hijau Pulau Pinang (PGEI) anjuran PGC bermula Februari ini. Program insentif ini mengiktiraf dan memberi penganugerahan kepada perancang/penganjur/pengurus majlis dari sektor swasta, agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan organisasi berasaskan komuniti yang menganjurkan majlis dan mengambil inisiatif untuk mengurangkan jejak karbon.
PGEI akan menfokuskan pada pengurangan sisa (sisa pepejal/sisa makanan), tenaga dan pemuliharaan air sebelum, semasa dan selepas majlis.



What interests me about exploring stories through creative reading is how a broad idea becomes part of an ordinary day. A character's journey can become a starting point for imagining a different place or perspective. I would use that point as a starting question when considering creative reading activities. The part I would like to explore further is what happens when the idea meets a real situation with its own limitations. How would you encourage readers to connect a story with their own questions?
I find organising email for study and work easier to think about when there is a concrete question to start from. A clear system for messages can make deadlines easier to find without constant checking. For me, that is a useful way into the broader subject of email organisation tips. I would be interested in a simple example, because it is often the ordinary details that make an idea memorable. How do you distinguish messages that need action from those worth keeping for reference?
A conversation about learning photography through constructive feedback seems most useful to me when it leaves space for uncertainty and further questions. A comment about light or framing is more useful when it explains what the viewer noticed. It also gives the phrase photography feedback tips a clearer meaning than a label on its own. I do not have a settled view yet, but this seems like a good place to slow down and look more closely. How can a photography discussion remain encouraging while offering specific criticism?
I find using clear language to explain complex ideas easier to think about when there is a concrete question to start from. A concrete example often makes an abstract explanation easier to follow. I would keep that thought nearby when looking for ideas about clear communication skills. I can imagine different answers depending on the situation, so I would want to understand the context before drawing conclusions. How do you decide when technical terminology helps and when it gets in the way?
A conversation about creating supportive relationships in education seems most useful to me when it leaves space for uncertainty and further questions. Being listened to can make it easier for a student to explain a difficulty before it grows. This is why I would approach student emotional support with a specific question rather than a fixed expectation. I am still thinking through the details, and a small example would help me picture how this works in practice. What helps a support conversation feel welcoming rather than intimidating?